Wednesday, January 15, 2020

Kolam Sejahtera Dapat Pengerusi KRT Baru

Kolam Sejahtera tiba-tiba mendapat Pengerusi KRT Baru. Tak tahu pulak selama ini ada KRT kat Kampung Kolam ni.

Ingatkan hanya ada di Kampung Gong Baru saja. Eloklah tu Kampung Kolam dapat Pengerusi Baru, maklum sajalah era baru,

Pengerusi Baru dan semestinya membawa bersama impian dan wawasan baru untuk menjadikan Kampung Kolam lebih sejahtera daripada semalam.

Tahniah Mohammad Hamdi anak arwah Tuan Guru Haji Abas (Al-Fathihah untuk Allahyarham) kerana telah diberikan kepercayaan untuk menerajui kawasan rukun tetangga Kolam.

Jadikanlah peluang yang diberikan ini untuk berbakti kepada kampung sendiri dan melihatterus melangkah kehadapan kerana di kampung kolam ini banyak potensi yang terbiardan boleh dikembangkan.

Sudah tiba masanya untuk ketepikan yang suka cakap-cakap lebat tetapi apa pun tak buat. Era orang yang mahu tetapi tidak mampu sudah berakhir. Tahniah Pok Los..

Tuesday, January 14, 2020

Apa Tweet Terkini Dari Melissa Goh @MelGohCNA dan ramai lagi?

Hello anda semua...Kini anda dapat membaca banyak tweet terkini di One For All Blog News. Tweet terkini dari kalangan kalangan wartawan, ahli politik Kerajaan dan juga pembangkang. Tweet Bossku pun ada..boleh dikatakan banyaklah...Jadi disini adalah tempatnya anda boleh baca banyak tweet..cuma yang tak ada hanya tweet daripada Mak Lampir dan Tipah Koyak saja. Marilah...

Wednesday, January 8, 2020

KP SPRM Latheefa Koya Memalukan Diri Sendiri, Rakaman Audio Sepatutnya Dijadikan Bukti Dimahkamah, Bukan Hebahan Media.

Pertama-tamanya ingin ditegaskan bahawa artikel ini bukan bertujuan untuk membela atau mempertahankan Najib Razak, Rosmah Mansor atau sesiapa yang lain berkaitan rakaman audio yang didedahkan oleh SPRM. Malah, sejak 2011 sehinggalah PRU14 lalu, sayalah antara pengkritik Najib paling kuat melalui tulisan dalam blog, buku dan pelbagai penerbitan yang lain.

Tetapi, apa yang dilakukan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya pagi tadi iaitu mendedahkan 9 rakaman audio yang didakwa sebagai konspirasi peringkat tertinggi, pembocoran maklumat dan salah guna kuasa melibatkan Najib dan beberapa pegawai tinggi kerajaan dalam usaha menutup skandal 1MDB, adalah sesuatu yang salah dan tidak boleh diterima. Baca seterusnyaDISINI

Tuesday, January 7, 2020

Saturday, March 9, 2019

Fenomena "Malu Apa Bossku" Menular Hingga Ke Korea

‘Malu apa Bossku’ ungkapan popular yang sering meniti di bibir rakyat Malaysia.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter dengan nama Jepi telah memuatnaik sebuah klip video memaparkan sekumpulan pelajar kelas berbangsa Korea menyebut‘Malu apa Bossku’ sambil ketawa.

Lebih menghiburkan, netizen turut berkongsi video yang menunjukkan seorang warga Arab turut menyebut slogan yang sama.

Nampaknya ungkapan ‘Malu apa Bossku’ sudah mula ‘menjajah’ masyarakat luar. Tak mustahil satu hari nanti ianya akan dikeluarkan dalam bentuk lagu.
 
Untuk makluman, sebutan ‘Malu apa Bossku’ mula menjadi popular selepas video pendek yang tular menampilkan seorang pemuda bersama Datuk Seri Najib. Pemuda tersebut menyebut ‘bosku’ dan disambut Najib dengan ‘Malu apa Bossku’